Kemuncak rusuhan Jun 2010 Krisis_Kyrgyzstan_2010

Pada 9 Jun 2010, etnik Kyrgyz menyerang minoriti Uzbek walaupun mereka seugama iaitu Islam. Rusuhan mereka dari Osh merebak ke 12 bandar lain termasuk Jalal-Abad. Mereka membunuh etnik Uzbek seperti binatang. Keseluruhan bandar terbakar. Takhir Maksitov dari kumpulan hak asasi manusia 'Rakyat Menentang Rasuah' menyifatkan pembunuhan ini sebagai genosid. Jallahitdin Jalilatdinov selaku pemimpin Pusat Nasional Uzbek menyatakan lebih 100,000 Uzbek melintasi garis sempadan menuju ke Uzbekistan. 80,000 telahpun sedia masuk. [2]